Skip to main content
Article
Pendekatan didikan dan asuhan dalam kalangan belia
Malaysian Journal of Youth Studies
  • Khazriyati Salehuddin, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Heather Winskel, Southern Cross University
Document Type
Article
Publication Date
1-1-2014
Abstract

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam perkembangan anak-anak mereka. Kajian terdahulu menunjukkan amalan mendidik anak dilakukan oleh ibu bapa mengikut corak yang berbeza-beza mengikut nilai budaya masing-masing. Corak mendidik anak yang berlainan ini juga disebabkan oleh perbezaan dalam matlamat sosialisasi yang diturunkan daripada generasi terdahulu kepada generasi seterusnya. Makalah ini mengetengahkan dapatan dari satu kajian yang dijalankan ke atas belia Malaysia untuk melihat cara mereka mendidik anak-anak mereka. Seramai 520 orang belia daripada kaum Melayu, Cina, dan India terlibat dalam kajian ini. Di samping itu, seramai 10 orang belia dari 520 orang responden soal selidik telah mengambil bahagian dalam sesi temubual mendalam untuk meninjau dengan lebih dekat cara mereka mendidik anak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa belia Malaysia mendidik anak-anak mereka mengikut corak autoritarian dan autoritatif. Corak mereka mendidik pula berbeza-beza bergantung kepada konteks. Faktor-faktor lain turut mempengaruhi corak mendidik anak, dan ini termasuklah tahap pendidikan belia Malaysia.

Citation Information

Salehuddin, K & Winskel, H 2014, 'Pendekatan didikan dan asuhan dalam kalangan belia', Malaysian Journal of Youth Studies, vol. 11, pp. 167-186.