Unpublished Papers «Previous

Kaedah Analitik Untuk Penentuan Ciri-ciri Terpilih Bagi 3-Hidroksipropionaldehyde

CHUEN-TAT KANG, GJS INTELLECTUAL COMPANY AUSTRALIA

Abstract

3-hidroksipropionaldehyde (HPA) merupakan metabolit peralihan bagi metabolisma gliserol ke arah pembentukan 1,3-propanediol. Voisenet (1910) sebenarnya telah memerhatikan bahawa bahan tersebut dan pembentukannya dari gliserol ketika pemusnahan win oleh bakteria walaupun 3-HPA merupakan sejenis antibiotik dan bahan pemula bagi plastik berkualiti tinggi, namun masih belum ada data analitik yang lengkap untuk bahan tersebut. Merujuk kepada data eksperimen bagi kertas ini, penggunaan 2-H untuk analisis NMR menunjukkan bahawa ikatan –CHO boleh diperhatikan pada δ9.5, RCH3 pada δ1.37, R2CH2 pada δ3.68, R3CH pada δ1.9 dan sebagainya. Spektrum NMR bagi karbon-13 menunjukkan enam petunjuk, pada shif kimia 40.1, 46.3, 56.2, 58.7, 89.7, dan 207.7 ppm. Dalam FTIP, spektral yang mengandungi tanda O-H yang luas pada 3,450 cm-1 dan puncak besar disebabkan oleh tanda C-O pada 1,050 ke 1,150 cm-1, menunjukkan kehadiran kumpulan berfungsi hidroksil. Satu tanda pada 2,880 dan 1,380 cm-1 bersama-sama tanda C=O yang khas untuk aldehyde hadir pada 1,730 cm-1. Semua maklumat analitik di atas adalah sama dengan rekod bagi kajian terdahulu (Talarico, 1989). Data GPC, walaupun bukan semuanya tepat, akan membantu dalam anggaran jisim molekul 3-HPA sebagai 257 pada ralat 63%. Data HPLC dengan 3 puncak mungkin boleh menjelaskan 3 komponen 3-HPA yang hadir. Analisis SEM tidak memberi sebarang data pepejal yang penting tetapi memberikan maklumat pepejal 3-HPA sebagai partikel pepejal homogeneous. Dengan mengaplikasikan plot Circle, data kuantitatif bagi kepekatan 3-HPA yang disintesiskan secara kimia dianggar sebagai 19.62 μmol/ml pada penyerapan 600 nm.

Suggested Citation

CHUEN-TAT KANG. 2006. "Kaedah Analitik Untuk Penentuan Ciri-ciri Terpilih Bagi 3-Hidroksipropionaldehyde" The SelectedWorks of Chuen-Tat Kang (江俊达)
Available at: http://works.bepress.com/kangchuentat/3